.:: FoLLOwEr'S aQ ::.

Friday, April 9, 2010

ExaM lg!!ExAm lg!!.....(T_T)



huh..exam da dekat..takuttt...gape x byk..skit jek...subjek berat2..mslah bertimbun..hah!!...Ya Allah Lapangkan dadaku....

Sunday, March 28, 2010

Kunjungan...serta lawatan ke rumah member ku..(majlis perkahwinan n menyambut baby baru)

Pada 14/2/2010..lme da..tp bru nk khsi ngn mber2..ktorg ex-Smakt rmi2 mengadakn konvoi berjalan ke umah member aq yg kawen iaitu Hamizah Jasli n Rashidah Rhman yg bersalin..so..kmi memenuhi cuti kmi dgn berkonvoi..rmi la gak..ade la 6 buah kereta..huhu..hri ni memg best n zeshh giler la...

ni ank ramping (rashidah rahman)



huhu..2 la ank rmping..zda ade sfat n cri2 keibuan...



masyokk uh..



mse ni kt uma aten..hepy gler....



peace...aten2..memg cm mak datin btul...



skenye dye..gelak npe la 2..



mse ni aq x bpe nk ade slere sgt...hehe..x tw npe..



makan jgn x mkn...



Ni la miza member aq yg kawen 2..



ni memg pose betul..



Ni mse kt uma miza..erm..rmi lg..tp msg2 x nk msuk..

Saturday, March 27, 2010

Annual Dinner.....

Pada 6/3/2010 mase tu ada annual dinner boss club..ktorg wat kt ROYAL HERITAGE PULAU DUYONG...kt ganu ni kt tmpat ne lg yg upgrde..c2 la yg plg best n best la..huhuhu..
hri tu tema kami bju htam ptih..tp ade jek yg x ikut tema expsially aq la..huhu..aq pki bju ikut tema aq...huhuhhuu...taraaaaaaa....




Prof Hadi..we all respect u..huhu...2 la dekan PMKI...huhuhu...



Inilah sebenar2nye KOMPLOT GENG....



4 sekawan,sahabat,teman,dan ape2 la yg sewaktu dgnnye...



frenz forever..timah2..muke seme'eh betul la..



Mse ni sbenar2nye..aq n mber2 aq nk amek pic komplot jerk..tp bese la..gurl2 len 2 memg kuat bergmbo...



Jakun sgt Timah Ni..x penah pki bende ni..ade djadikan purdah..aq join jek..huhuhu...



Aque ngn Semek..huhu..mlm ni kmi memg cm datin n puan2 sri hahahaahaha....

salam kepada semua..

maaflah..da lme sgt x update blog ni..sebb terlmpau bz sgt..pape pn..nk kgsi sdikit pengthuan..bru2 ni saya ade lwatan ke parlimen kuala lumpur..saya ikut lawatan disebbkn sy mengambil kursus DASAR PERANCANGAN SOSIAL...so..di bwah sy kongsi sedikit tentang isu berkaitan dasar...

Isu berkenaan dasar perlaksanaan PPSMI

PPSMI adalah Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Perlaksanaan PPSMI telahpun dilaksanakan di kesemua sekolah samada di dalam mahupun sekolah di kawasan luar bandar. PPSMI adalah penting jika dilihat kepentingannya didalam era globalisasi kini yang mementingkan penekanan pembelajaran serta kefahaman di dalam Bahasa Inggeris. Ini kerana Bahasa Inggeris adalah bahasa kedua yang perlu dikuasai oleh masyarakat kini.

Pendapat saya, dasar perlaksanaan PPSMI ini sebenarnya adalah baik untuk murid-murid, guru serta masa depan negara. Ini kerana, zaman era globalisasi kini didapati banyak di dalam Bahasa Inggeris samada bahan-bahan seperti buku-buku bacaan, rujukan adalah kebanyakkannya di dalam Bahasa Inggeris. Bahasa Melayu bukanlah bahasa yang memundurkan tetapi tahap pendidikan kini telah meninggkat dan semakin pesat dengan kewujudan dan perkembangan ilimu-ilmu sains dan teknologi di dalam Bahasa Inggeris.

Berikutan itu, terdapat banyak kelebihan dan juga kekurangan yang didapati daripada sepanjang tempoh perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris atau dikenali sebagai PPSMI. Diantara kelebihan yang dilihat ialah darisegi wujudnya peningkatan dikalangan murid-murid sekolah walaupun peratus peningkatannya hanya rendah.

Kelemahan yang terdapat daripada perlaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris sejak beberapa tahun lepas adalah didapati tidak memuaskan dan tidak mendapat sambutan darisegi prestasi pelajar terutamanya prestasi para pelajar yang berada di luar bandar adalah menurun sejak perlaksanaan dasar tersebut. Kebanyakkan peratusan prestasi pelajar didapati telah menurun sejak wujudnya dasar PPSMI ini ke dalam sistem pembelajaran di setiap sekolah. Berkemungkinan disebabkan persekitaran pembelajaran mereka sejak dari awal bangku sekolah adalah bermula dengan bahasa ibunda kita iaitu Bahasa Melayu dan lebih selesa menggunakannya. Faktor lain yang dapat saya nyatakan di sini ialah masalah daripada guru-guru juga samada darisegi tahap pendidikan dan penguasaan ilmu Bahasa Inggeris yang lemah, kurang akan menjadi punca dasar PPSMI tidak berjaya dengan sepenuhnya.

Saya cadangkan sesiapa yang membantah perlaksanaan dasar PPSMI ini supaya cuba mencari rujukan-rujukan pelajaran sains, matematik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dan lihat betapa besarnya perbezaan yang boleh dilihat. Kita perlulah melihat isu dasar PPSMI ini dalam tempoh jangka panjang dan bukannya semata-mata untuk melihat para pelajar sukar menguasai pelajaran yang berkaitan Bahasa Inggeris dalam tempoh dua hingga ke tiga tahun. Tetapi untuk melihat pelajar sekarang berjaya dalam tempoh masa 20 hingga 30 tahun setelah bersusah payah belajar dalam tempoh dua hingga ke tiga tahun.

Maka itu, kita sebagai rakyat Malaysia yang gemilang dan terbilang perlulah sama-sama menyahut seruan Y.A.B Perdana Menteri kita menerusi konsep 1 Malaysia, terkandung 8 nilai yang mengukuhkan lagi konsep tersebut iaitu "Budaya Berprestasi Tinggi, Budaya Ilmu, Budaya Ketepatan, Integriti, Ketabahan, Kesetiaan, Kebijaksanaan dan Inovasi".