Istilah ‘maju’ memberi maksud sebagai bergerak ke muka, melangkah ke hadapan atau mengasak ke hadapan (Kamus Dewan, halaman 844). Maka secara ringkasnya ini membawa maksud bahawa negara maju adalah negara yang bergerak ke hadapan. Ia bersifat relatif kerana terdapat perbandingan dalam situasi tersebut (maju). Walaupun demikian, manusia secara adatnya membuat perbandingan kemajuan ini menurut kayu pengukur yang berasaskan materialisme. Sebagai cara hidup yang mementingkan nilai spiritual, maka mungkin timbul persoalan bagaimanakah untuk mengukur kemajuan sesebuah negara menurut neraca Islam? Ataupun, bagaimanakah untuk membina sebuah negara maju menurut perspektif Islam?
Apabila disebut sahaja pembangunan, di kepala kita akan terlintas pertumbuhan ekonomi, modenisasi, industrialisasi, hak-hak asasi dan persekitaran. Secara umumnya inilah merupakan definisi pembangunan yang dikatakan pada hari ini. Pembangunan dalam Islam boleh ditakrifkan sebagai menerima pembangunan asing, barat dan timur yang dimanfaatkan oleh masyarakat dan menolak apa-apa yang berbahaya berteraskan kepada nilai-nilai hidup Islam. Menurut Muhammad Akhir dan Hailani dinyatakan bahawa "Pembangunan dalam Islam adalah berlandaskan kepada orientasi nilai dengan perhatian untuk meningkatkan kebajikan umat Islam dari semua aspek moral, kebendaan dan kerohanian untuk mencapai keselamatan dan kedamaian hidup di dunia dan akhirat".
Menurut Islam, pembangunan adalah sebahagian daripada Islam itu sendiri. Pembangunan dalam Islam adalah keupayaan bersama untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat keseluruhannya sama ada di dunia mahupun di akhirat dalam satu proses yang harmonis dan dinamis. Fokus utama dalam pembangunan Islam adalah pembangunan insaniah manusia itu sendiri. Pembangunan yang cuba diketengahkan oleh Islam adalah pembangunan yang datangnya dari kesedaran yang tinggi dari umatnya yang saling bekerjasama dan bukannya datang daripada satu kelompok yang kecil.
Di samping itu, pembangunan ini juga haruslah mampu meningkatkan taraf hidup masyarakat secara keseluruhannya dari segi zahir dan batin. Sekali lagi ingin ditegaskan di sini, konsep pembangunan yang cuba diketengahkan oleh Islam adalah untuk mencapai kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat. Pembangunan dalam Islam hendaklah ditangani secara bertahap dan berhikmah. Malah Islam itu sendiri amat mementingkan sesuatu perkara dilakukan secara hikmah.
Ini jelas difirmankan oleh Allah swt yang bermaksud : "Serulah kepada jalan Tuhanmu (Muhammad) dengan hikmah dan nasihat yang baik, dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Tuhanmu yang lebih mengetahui orang yang akan sesat daripada jalannya. Dialah yang lebih mengetahui orang yang mendapat hidayah."
Pembangunan dalam Islam hendaklah dijalankan secara dua tahap iaitu peringkat pembangunan kerohanian dan satu lagi ialah pembangunan peringkat fizikal. Pembangunan pada perigkat kerohanian merupakan pembangunan yang paling asas dalam Islam. Akal dan jiwa manusia perlu dibangunkan terlebih dahulu sebelum sesuatu pembangunan fizikal dilakukan. Ini adalah bagi melahirkan insan yang mempunyai pemikiran yang bersih, suci dan pekerti mulia. Tumpuan utama pendekatan Islam adalah ke atas kejiwaan, moral dan etika-etika pembangunan yang mencakupi masa yang amat panjang dan mereka amat prihatin terhadap proses pembangunan Islam. Proses pembangunan bermula dengan moral, spiritual dan perkembangan mental manusia yang akan menjadi agen perubahan yang aktif dan bertanggungjawab menentukan kejayaan dan kegagalan hidupnya sama ada di dunia ataupun di akhirat.
Pembangunan yang disyariatkan dalam Islam adalah pembangunan yang boleh memberi kesan kebaikan kepada manusia. Perlaksanaannya adalah menyeluruh dan merangkumi segala aspek kehidupan seperti moral, kerohanian dan kebendaan (berkaitan ekonomi, sosial dan akhirat). Pembangunan jenis ini bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan dan keadilan pada manusia. Matlamat akhir yang hendak dicapai adalah menjamin kualiti kehidupan manusia sebagaimana.....

sabda Rasulullah saw iaitu : "Dari Abi Tha'labah al-Khusyani bin Nasyir r.a. bahawa Rasulullah saw bersabda : Sesungguhnya Allah telah mewajibkan beberapa kewajipan, maka janganlah kamu meninggalkannya, dan telah menentukan beberapa batas, maka janganlah kamu melampauinya, dan telah diharamkan beberapa perkara maka janganlah kamu melanggarnya, dan Ia telah diam dari beberapa perkara sebab rahmat bagimu bukan kerana lupa maka janganlah kamu membahaskannya."
Apabila kita memikirkan tentang pembangunan negara, secara automatik kita akan terfikir kepada masyarakat dan juga kepimpinannya. Meskipun kepimpinan merupakan tunjang kepada pembangunan sesebuah negara, namun kita tidak boleh memperkecilkan tanggungjawab dan peranan umat Islam yang bermastautin dalam sesebuah negara Islam itu sendiri. Peranan dan tugas mereka cukup besar. Ini kerana tanpa sumbangan mereka, pembangunan yang ingin dimiliki tidak akan menjadi kenyataan. Umat Islam adalah aset penting dalam membangunkan sesebuah negara Islam mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Allah di dalam al-Quran.
Rasulullah saw dalam usahanya menegakkan negara Islam di Madinah iaitu selepas hijrah, Baginda telah membina tapak yang teguh bagi negara Islam dan mewujudkan tiga bentuk hubungan yang penting iaitu :

1. Hubungan dengan Allah swt.
2. Hubungan sesama umat Islam.
3. Hubungan umat Islam dengan orang bukan Islam dan negara bukan Islam dalam rangka menyampaikan risalah Islam serta menentukan sikap mereka terhadap Islam.
Berdasarkan hubungan yang telah direncanakan oleh Rasulullah saw tersebut, jelas bahawa selain dari hubungan dengan Allah, hubungan sesama umat Islam juga menjadi asas utama dalam pembentukan sebuah negara Islam. Hubungan tersebut menjadi satu ikatan yang boleh memperkuatkan lagi benteng yang telah dibina. Ini penting untuk mempertahankan negara dan agama Islam dari diancam dan dimusnahkan oleh musuh-musuh Islam yang sudah pasti tidak senang apabila melihat Islam membangun dan kuat.
Allah swt telah berfirman yang bermaksud : "Berpegang teguhlah dengan tali (agama) Allah bersama-sama dan jangnlah pula berpecah belah."
Umat Islam merupakan pemangkin kepada sesebuah negara Islam. Tidak kiralah dari golongan dan pangkat apa sekalipun. Setiap individu dalam masyarakat itu mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing. Di antara tanggungjawab yang dimaksudkan di sini ialah tanggungjawab dalam memberi sumbangan kepada proses pembangunan dalam apa bentuk sekalipun, sama ada dari segi fizikal, material ataupun intelektual. Sebagai contoh, golongan intelek atau cendekiawan boleh menyumbangkan idea dan kepakaran mereka untuk membentuk pembangunan selain dari ilmu untuk tatapan golongan lain bagi memandu ke arah kehidupan yang sempurna di dunia dan di akhirat.
Untuk menuju ke arah pebangunan mengikut ajaran Islam, setiap individu muslim dalam masyarakat Islam itu sendiri perlulah mempersiapkan diri dengan ilmu dan akhlak yang mulia. Jika diri setiap individu telah dipenuhi dengan akhlak yang baik maka secara keseluruhannya perhubungan sesama manusia akan menjadi baik. Secara automatik setiap umat Islam akan tahu tanggungjawab mereka kepada ibu bapa, saudara maranya, jiran tetangganya dan lain-lain lagi. Seterusnya kan membentuk sikap suka menolong orang, cinta kepada Allah, cinta kepada kebaikan dan benci kepada kejahatan. Seandainya perkembangan akhlak telah baik maka perhubungan persaudaraan juga menjadi baik. Maka keadaan sesebuah negara akan juga menjadi baik dan sempurna. Ini akan membawa kepada kesejahteraan negara dan kepesatan pembangunan negara yang maju mengikut acuan Islam yang sempurna.
Dalam pembentukan umat Islam yang berjaya dan sekaligus membantu ke arah pembangunan, selain individu sepertimana yang telah dibincangkan tadi, institusi keluarga juga memainkan peranan penting. Keluarga merupakan institusi kecil yangg akan menunjangi atau yang akan mencorak sesebuah masyarakat Islam. Di antara ciri-ciri keluarga yang digariskan oleh Islam ialah :

1. Keluarga yang sihat, dinamik, cergas dan mampu melahirkan insan yang bersih rohani dan jasmaninya.
2. Keluarga yang terdidik dengan nilai-nilai agama dalam semua aspek kehidupan.
Di sini dapat kita lihat bahawa setiap umat Islam perlu memainkan peranan masing-masing bagi membentuk keluarga yang cemerlang tidak kiralah anak, ibu mahupun bapa. Jika mengikut prinsip etika keluarga, tanggungjawabb adalah secara menyeluruh diletakkan di atas bahu ketua keluarga iaitu bapa, tetapi lebih baik sekiranya setiap individu dalam keluarga itu memahami tanggungjawab masing-masing agar bebanan yang dipikul oleh bapa menjadi lebih ringan.
Apa yang ingin dijelaskan di sini bahawa setiap umat Islam mempunyai peranan tersendiri yang mana Islam lebih menitikberatkan pembangunan rohani sebelum menuju kepada pembangunan material. Pembangunan material akan lebih sempurna dan efektif sekiranya akhlak dan kerohanian setiap umat Islam mampan. Ini termasuklah pemahaman segala aspek yang dipentingkan oleh Islam dalam membentuk negara Islam yang membangun contohnya seerti memahami politik yang berteraskan Islam, perniagaan, perbankan, ekonomi,pentadbiran, sosial, pendidikan, kebudayaan, perlembagaan, undang-undang dan sebagainya.
Dalam Islam, pembangunan mempunyai beberapa matlamat penting yang mana jika dikaji dengan terperinci, kesemua matlamat tersebut akan membawa manusia ke arah satu tamadun yang lengkap, aman dan damai manifestasi daripada ajaran Islam itu sendiri. Matlamat-matlamat tersebut adalah seperti berikut :
1. Pembangunan Peribadi dan Keupayaan Manusia : Seperti yang kita semua sudah sedia maklum, Islam mengajar manusia ke arah membentuk watak dan sikap yang betul menerusi pendidikan, kepimpinan dan lain-lain yang berdasarkan nilai-nilai Islam. Jika seseorang itu patuh sepenuhnya kepada ajaran Islam dan menjadikan Islam itu sebagai 'The Way of Life', maka segala amalan yang dilakukannya tidak akan bercanggah dengan larangan-larangan yang telah ditetapkan. Dari sini dapat dilihat bahawa pembangunan peribadi dapat menigkatkan lagi keupayaan manusia seterusnya dapat menyumbangkan tenaga dan buah fikiran yang bersih dan mantap ke arah membangunkan negara Islam mengatasi negara-negara lain di dunia.
Firman allah swt yang bermaksud : "Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."
2. Menghasilkan Keluaran yang Berguna : Keluaran berguna yang dimaksudkan oleh Islam adalah makanan dan benda-benda asasi yang lain, keluaran untuk pertahanan Islam dan barang-barang untuk kegunaan sendiri. Satu perkara yang paling penting dititikberatkan oleh Islam terhadap bahan-bahan keluaran yang dihasilkan tersebut ialah ianya mesti mampu dibeli oleh orang-orang miskin dan berpendapatan rendah.
Firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud : "(Oleh itu) kekayaan ini janganlah hanya dikuasai oleh segelintir manusia..."
3. Meningkatkan Kualiti Kehidupan : Islam mementingkan kesejahteraan sama ada dalam bidang ekonomi, soaial mahupun politik. Kesejahteraan ini adalah gambaran kualiti kehidupan umat Islam. Kualiti kehidupan ini boleh dicapai dengan tiga cara iaitu :
Mewujudkan peluang pekerjaan mengikut pengubahsuaian institusi, teknologikal, pelaburan dan pendidikan.
Melaksanakan jaminan sosial secara meluas khususnya kepada golongan yang tidak dan kurang berupaya. Matlamat ini boleh dicapai dengan sistem zakat.
Pengagihan pendapatan dan harta wajib dilakukan secara adil supaya dengan ini boleh merapatkan jurang ketaksamaan yang berlaku di kalangan masyarakat.
4. Mencapai Pembangunan yang Seimbang : Islam menganjurkan pembangunan tanpa bersyarat kepada sempadan (desa atau bandar), taraf hidup (miskin atau kaya) dan lain-lain. Tujuannya supaya dapat mengelakkan ekonomi dualisme dan dapat mengeratkan perpaduan.
5. Membangunkan Teknologi yang Sesuai : Islam juga mementingkan pembangunan teknologi. Teknologi yang ingin dibangunkan itu mestilah sesuai dengan persekitaran tempatan iaitu sesuai dengan keperluan atau aspirasi negara Islam. Islam menggalakkan merekacipta, memperbaiki dan mengubahsuai teknologi yang ada kepada teknologi yang lebih canggih.
6. Mengurangkan Pergantungan dengan Negara Luar : Pergantungan dengan negara Barat banyak merugikan negara itu sendiri. Sistem kapitalisme yang dicipta oleh Barat boleh meruntuhkan bukan sahaja sistem ekonomi Islam, malah politik dan sosial juga terlibat. Oleh itu negara Islam perlu meningkatkan integrasi menerusi :
1) Meningkatkan kebebasan ekonomi.
2) Meningkatkan rasa hormat diri sendiri.
3) Memperkuatkan negara Islam
Ketiga-tiga matlamat di atas pula dapat dicapai dengan cara :
1) Menghentikan penerimaan modal dari Barat
2) Menggunakan pendekatan 'multi-objective' supaya ke arah 'problem-oriented'.
3) Meningkatkan penyelidikan yang ideal dan berfaedah kepada Islam.
4) Meningkatkan semangat tolong menolong di kalangan umat Islam.

7. Mengintegrasikan Pembangunan Moral, Kerohanian dan Agama dengan Pembangunan Kebendaan : Pembangunan Islam mengamalkan hasanah fid dunya, hasanah fil akhirah atau bermaksud kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat. Islam tidak memisahkan antara pembangunan untuk dunia dan juga akhirat sebagaimana yang telah kita bincangkan dalam pelbagai bab dahulu bahawa Islam menerapkan keseimbangan dalam segala perkara tidak kira aspek apa sekalipun begitulah juga dalam konsep pembangunan. Oleh itu, pembangunan yang disyariatkan oleh Islam adalah pembangunan yang bertunjangkan aspek pembangunan rohani dan jasmani.
Ringkasnya di sini, negara yang maju yang diiktiraf oleh Islam adalah negara yang mencapai pembangunan fizikal yang tinggi serta memiliki rakyat yang memiliki ketakwaaan dan nilai integriti yang tinggi dan bukannya rakyat yang rosak akhlak. Seterusnya ia adalah sebuah negara yang mampu menjadi model kepada Negara - negara lain bahkan kepada Negara - negara yang hanya maju dari perspektif fizikal semata-mata tetapi menanggung masyarakat yang rapuh (decadent society). Imej negara maju perlu dicapai terutamanya oleh Negara Islam. Ini sangat penting kerana imej negara Islam pada hari ini sangat mengelirukan. Ia dikaburi oleh imej-imej negatif dengan lavel kemunduran, kemiskinan, kejahilan,kebuluran dan mutakhir ini dikaitkan pula dengan ekstrimisme, keganasan dan tidak ada tolak ansur.
RUJUKAN
1.http://members.tripod.com/~sarjana/bangun1.html
2.http://khazalii.googlepages.com/7udi3052pembangunandalamislam(bab7)
3.http://www.muftiselangor.gov.my/E-Book/Download/KoleksiAt-Taqwa/At-Taqwa6/At-Taqwa6(8-9).pdf
No comments:
Post a Comment