.:: FoLLOwEr'S aQ ::.

DOKTRIN-DOKTRIN AGAMA KRISTIAN

Dewasa ini, dalam setiap ajaran agama kristian pengasas utama agamanya ialah Jesus Christ atau lebih dikenali dengan Nabi Isa a.s dalam Islam. Akan tetapi, setelah dikaji dengan lebih menyeluruh terutamanya di dalam Al-kitab kita dapati bahawa hampir keseluruhan doktrin-doktrin yang terkandung didalam ajaran kristian kini adalah ciptaan seorang yahudi yang bernama Saul of Tarsus atau lebih dikenali sebagai Saulus atau Paulus.
Paulus telah mengaku dirinya menerima wahyu dari Nabi Isa dan mengaku dirinya sudah beriman dengan Nabi Isa. Beliau telah mempelajari serta menganuti agama nasrani/kristian dan mempelajari kitab taurat/injil dengan lebih mendalam. Perubahan dilakukan iaitu dengan mengubah penampilannya sebagai penganut agama nasrani yang setia, alim dan berakhlak mulia dan beliau cuba mendekati pengikut-pengikut Nabi Isa. Pada mulanya pengikut Nabi Isa tidak menerima dan mempercayainya, tetapi disebabkan kepintaran dan kebijakan berbicara telah menyebabkan pengikut Nabi Isa terpengaruh dengannya dan mempengaruhi orang lain.
Dari semasa ke semasa ajaran Paulus berkembang dan mendapat sambutan. Bermula dari situlah Paulus mula membuat pembaharuan kepada ajarannya dengan memasukkan ideologi dan kepercayaan-kepercayaan Greek, Yunani, dan lain-lain lagi bagi membentuk doktrin-doktrin dalam ajarannya. Tujuan utamanya supaya ajarannya dapat diterima dan sehaluan dengan perubahan semasa.
Dalam perbincangan kali ini, kita akan melihat secara ringkas tentang doktrin-doktrin yang utama dalam ajaran kristian. Doktrin-doktrin agama kristian dibahagikan kepada dua iaitu universal dan keselamatan. Dalam doktrin universal(umum) ini bermakna ajaran agama kristian ini tidak hanyalah tertumpu kepada kaum israel sahaja. Malah orang yang bukan berketurunan isael juga bleh menganutinya. Selain itu, dalam doktrin universal ini juga diselitkan sekali dengan konsep bangsa pilihan iaitu agama ini tidak hanya tertumpu kepada kaum yahudi atau nasrani tetapi sesiapa sahaja yang beriman dengan Nabi Isa tanpa mengira masa dan tempat.
Manakala, dalam doktrin keselamatan pula dinamakan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Dalam agama kristian, cara untuk mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat adalah dengan mempercayai serta beriman dengan Nabi Isa. Mereka berpegang pada konsep ‘beriman kepada Nabi Isa’ atau ‘faith in Jesus’. Mereka percaya bahawa Nabi Isa adalah penyelamat bagi mendapatkan kebahagiaan di akhirat. Barangsiapa yang melanggar atau mengingkari tidak akan mengecapi kebahagiaan hidup di akhirat.
Doktrin Paulus adalah perkara pokok dan menjadi pegangan dalam agama kristian. Diantara doktrin-doktrin yang terkandung dalam agama kristian ialah pembaptisan. Pembaptisan ini merupakan upacara perasmian bagi mereka sebagai seorang kristian. Upacara ini biasa dilakukan terhadap bayi-bayi yang baru dilahirkan dan penganut baru agama kristian. Terdapat tiga cara dilakukan pembaptisan iaitu Perenjisan (merenjis air di kepala), Penuangan (menuang air pada kepala) atau Perendaman (merendamkan seluruh badan ke dalam air). Tujuan pembaptisan ini adalah melambangkan penyucian dosa serta penyatuan dengan Christ dalam kematian, pengebumian, dan kebangkitannya supaya orang yang sudah dibaptis dapat menjadi salah seorang kristian yang beriman.
Selain itu, doktrin triniti atau tritunggal merupakan kepercayaan tiga Tuhan dalam satu. Menurut mereka triniti adalah keesaan Tuhan bersatu dalam tiga pecahan atau oknum iaitu Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Ruhul Kudus. Bagi penganut agama kristian, mereka tidak menyembah tiga Tuhan berlainan tetapi, mempercayai ketiga-tiga Tuhan itu adalah satu dan Esa.
Seterusnya, doktin Inkarnasi dan Dosa Warisan yang merujuk kepada anggapan, Tuhan telah menjelmakan dirinya dalam bentuk manusia iaitu Nabi Isa. Bagi mereka Tuhan sudah meresapi, menjelma dan bersatu dalam tubuh Nabi Isa. Menurut Paulus lagi, Adam dan Hawa telah melakukan dosa semasa berada di syurga dengan memakan buah larangan dan dosa ini telah diwarisi oleh semua manusia. Oleh sebab itu, Allah telah menjumpai seorang wanita suci iaitu Siti Maryam dan menjelmakan anaknya ke dalam rahim Siti Maryam. Maka, lahirlah Nabi Isa sebagai manusia yang dikatakan Tuhan, yang telah dikirimkan bagi mengampuni dosa-dosa dan menyelamatkan cucu cicit Adam dan Hawa dengan menebus dosa-dosa mereka.
Doktrin yang menjadi pegangan dan asas kepada penganut agama kristian, dimana Penyaliban Jesus Christ sebagai penebus dosa warisan. Doktrin ini menjadi lambang utma dalam agama kristian iaitu Penyaliban Jesus di tiang salib. Penganut agama kristian percaya Tuhan telah menghantar anaknya yang tunggal ke dunia untuk menebus segala dosa-dosa manusia dan menyelamatkan manusia dari neraka. Sesiapa sahaja yang beriman dengan ajaran Paulus iniakan bebas dari segala dosa dan hukuman. Menurut mereka lagi, penyaliban Jesus Christ merupakan penebus dosa yang ditanggung Nabi Adam as dan Hawa serta dosa warsan anak, cucu, cicit adam. Oleh itu, Paulus telah menegaskan setiap orang perlu beriman dengan penyalban dan penebusan ini demi mendapat keselamatan dan kehidupan yang kekal abadi di akhirat.
Terakhir sekali dalam perbincangan ini ialah, doktrin Pengampunan Dosa yang dilakukan oleh Paderi. Paderi telah dipilih bagi menjadi perantaraan untuk menghapuskan dosa yang telah dilakukan oleh penganut-penganut agama kristian. Oleh yang demikian, di gereja peranan paderi sangat penting bagi menjalankan aktiviti-aktiviti dan amalan peribadatan agama kristian ini.

PERANAN PADERI
Secara umumnya, paderi mempunyai peranan penting di dalam gereja dan para paderi tidak boleh dipisahkan dengan gereja dan dianggap sebagai ketua dalam gereja. Manakala, menurut dokumen-dokumen di gereja iaitu Catechesi Tradendae (1977), Redemptoris Missio (1990), Guide For Catehists (1993) dan General Directory for Catehesis (1997).
Menurut Catechesi Tradendae (1977) paderi adalah umat manusia biasa yang telah melalui pembentukan/kursus dan menyesuaikan hidup dengan Injil. Ringkasnya, paderi adalah seorang yang telah diutus oleh gereja, sesuai dengan keperluan setempat dimana tugasnya adalah untuk membawa umat manusia untuk lebih mengenali, mencintai, dan mengikuti Jesus Christ. Menurut Redemptoris Missio (1990) pula, paderi ialah pelayan, saksi, penginjil dan tulang belakang kepada komuniti kristian terutama bagi gereja-gereja yang masih muda.
Selain itu, menurut Guide For Catehists (1993) pula tugas paderi ialah berkait rapat dengan tugas-tugas missionari. Mereka bukan sahaja komited dalam mempersiapkan umat manusia untuk menerima sakramen-sakramen (Pembaptisan, Penguatan, pengakuan dan Ekaristi) tetapi juga sebagai saksi dan melibakan diri dalam mempertahankan hak-hak asasi manusia, inkulturasi dan dialog. Dalam General Directory for Catehesis (1997) pula menyatakan paderi itu adalah sebagai guru, pendidik dan saksi iman.
Namun begitu, dewasa ini penganut agama kristian lebih mengikut kepada dokumen gereja General Directory for Catehesis (1997) dimana paderi dibahagkan kepada tiga kategori iaitu paderi sepenuh masa (Paroki), paderi separuh masa (Outstations), dan sukarela. Seterusnya, paderi juga mempunyai tugas dalam member pendidikan agama, pembentukan iman kaum muda dan dewasa, memimpin doa dalam komuniti (Ibadat Sabda) terutama jika paderi Paroki tiada, memimpin doa pemberkatan, membantu dalam pengurusan pastoral Paroki, melatih orang lain menjadi paderi, dan membantu orang-orang miskin.
Walaupun paderi dianggap orang paling istimewa dalam gereja, mereka perlu mematuhi beberapa syarat-syarat seorang paderi. Syarat-syarat itu diantaranya ialah paderi mestilah telah dibaptis, menerima doktrin-doktrin, rela member khidmat tanpa engharapkan ganjaran, hidup perlulah sentiasa berdoa, mempunyai iman yang teguh, mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang agama kristian, bebas daripada sebarang hukum kanun, mempunyai penampilan yang sesuai dengan ajaran kristian, memiliki nama, peribadi dan dari keluarga yang baik serta boleh diterima oleh umat kristian.
Tugas atau peranan seorang yang bernama paderi itu dianggap sangat istimewa dan mulia. Seorang paderi adalah perantara untuk menyampaikan firman Tuhan kepada murid-muridnya. Dalam kata lain, paderi adalah seorang yang bertanggungjawab membimbing dan mengajak murid-muris (umat kristian) bagi mendalami iman dan kepercayaan mereka kepada kristian dan menolak segala cara hidup agama dan kepercayaan yang lain.

1 comment:

  1. salam.... saya pengkaji agama dalam proses untuk menyediakan thesis yang berkaitan dengan doktrin agama.... saya mohon kepada cik untuk membantu saya.... boleh x? kalau bagi reference setiap perkataan yang ditulis oleh cik?

    ReplyDelete