Baru2 ni aku de dengar pasal TAREKAT...erm..ade gak isu pasal tarekat ni kan..org kata tarekat ni Bid’ah..dan x elok serta merupakan ajaran Sesat?? Betul ke?? WallahuA’alam...
Perkara paling penting dalam menilai sesuatu tarekat ialah isi kandungan atau inti ajarannya. Dengan meneliti asas pegangan tarekat dan membandingkannya dengan apa yang ada dalam al-Quran dan sunnah, maka kita dapat menentukan kebenaran atau penyelewengannya.
Ada tarekat yang mempunyai nama yang baik hingga umum menyangka ia ajaran yang baik tetapi isi kandungannya meragukan. Begitu juga sebaliknya.
Justeru rujukan dalam menghukum sesuatu tarekat bukan pada nama sebaliknya pada isi kandungannya.
Sesiapa yang berpegang kepada al-Quran dan sunnah dengan tafsiran yang benar, maka dia berada di atas petunjuk manakala sesiapa yang di sebaliknya berada dalam kesesatan.
Sebelum kita melihat faktor golongan sufi atau tarekat ke kancah penyelewengan, kita wajar mengetahui dua hakikat asas.
Persoalan pokok yang perlu ada pada ajaran Islam mesti bersumberkan al-Quran dan sunnah.
Maka usaha untuk membersihkan diri dengan panduan al-Quran dan sunnah adalah perkara yang diperintahkan Allah dan Rasul-Nya.
Tarekat yang bermaksud jalan iaitu jalan beribadat menuju Allah adalah terpuji jika ia berlandaskan dua sumber agung itu. Jika tidak wujud tarekat sekalipun, al-Quran dan sunnah sudah memadai bagi setiap Muslim.
Ia bukan bererti jika seseorang tidak menyertai tasawuf atau tarekat, dia tidak dapat membersihkan dirinya, sebaliknya jika dia berpegang kepada ajaran Rasulullah, dia akan menemui semua penawar jiwa.
Jalan untuk membersihkan diri sudah ditunjuk dengan jelas oleh Rasulullah. Ia lebih daripada jalan segala tarekat yang ada. Bahkan mana-mana jalan kerohanian tarekat yang bercanggah adalah ditolak.
Kata Dr Abd Al-Karim Zaidan:
“Amalan soleh ialah apa yang sahih dan ikhlas kepada Allah, iaitu menepati syarak. Membuat bidaah dalam agama dengan menambah atau mengurangkannya tidak dibolehkan dan tiada pahala bagi pengamalnya, sekalipun dengan niat beribadah kepada Allah.
“Bidaah lebih buruk daripada maksiat kerana ia mengubah agama dan menghukum serta mentohmah syarak sebagai cacat, tidak sempurna, pengurangan dan mengubahkan. Ia adalah perkara yang sangat besar yang tidak boleh kita beriktikad atau beramal dengannya.
“Rasulullah memberi amaran dalam hadis sahih bermaksud:
“Jauhilah kamu perkara yang diada-adakan dalam agama kerana ia adalah bidaah, dan setiap yang bidaah tempatnya di neraka.” diriwayatkan Abu Daud, At-Tirmizi, Ibn Majah, Al-Darimi, Ibn Hibban dan Al-Hakim.” (rujukan Abd Al-Karim Zaidan, Usul al-Da'wah, ms 41)..
Kata Dr Yusuf Qardawi:
“Pengkaji tidak boleh membantah bahawa tasawuf terpengaruh pada tahap tertentu unsur asing, sama ada anasir Kristian, Hindu, Parsi atau Yunani, juga unsur Islam.
Dalam tempoh sekian lama, ia masuk ke dalam tasawuf pemikiran yang pelik daripada sumber tadi hingga ke peringkat percaya kepada al-hulul atau al-ittihad atau wahdah al-wujud.
Sebahagian mereka bercakap mengenai qidam nur Muhammad atau yang dinamakan Al-hakikat Al-Muhammadiyyah (hakikat Muhammad). Juga mengenai kewalian, wali, kasyaf, mawajid, zauq dan menghukum perkara itu dalam nas agama.
Mereka memisahkan hakikat dan syariat, berpegang bahawa dalam mendidik murid tasawuf hendaklah dia di depan gurunya bagaikan mayat di hadapan orang yang memandikannya.
Mereka melampaui batas dalam zuhud dan apa yang berkaitan hingga terkeluar daripada kesederhanaan Islam kepada kerahiban Kristian.” (rujukan Dr Yusuf Qardawi, Thaqafah al-Da`iyah, ms 94-95).
Menurut Abd Allah Nasih ‘Ulwan dalam kitab Thaqafah al-Da`iyah, ms 62, maksud wahdah al-wujud ialah tiada khaliq (pencipta) dan tiada makhluk, bahkan keduanya adalah satu walaupun digelar dengan pelbagai nama.
Al-Hulul pula, Allah mengambil tempat (tinggal) dalam tubuh seperti hulul bagi mereka yang berpegang bahawa Allah tinggal dalam badan Ali dan Al-ittihad pula, berlakunya kesatuan kehendak Allah dengan kehendak hamba, yang mereka namakan sebagai al-fana'.
Ini adalah kepercayaan kufur lagi sesat. Justeru, setiap Muslim mesti berhati-hati supaya berada atas jalan al-Quran dan sunnah serta terpelihara daripada unsur lain dalam akidah dan ibadat.
Ada beberapa faktor yang mempengaruhi tarekat supaya tidak berpegang kepada al-Quran dan sunnah hingga berlaku penyelewengan.
Pertama, sikap tidak bertanggungjawab terhadap fakta Islam. Ia adalah perkara yang sukar dibersihkan bagi golongan tarekat dan tasawuf.
Mereka tidak mementingkan ketulenan fakta yang disandarkan pada Nabi atau mana-mana imam dan mudah menyatakan sesuatu tanpa dipastikan kesahihannya. Dalam sejarah, sufi adalah antara penyumbang utama pemalsuan hadis.
Imam Ibn al-Salah (wafat 643H) menyebut:
“Ada beberapa golongan yang membuat hadis palsu. Paling bahaya ialah puak yang menyandarkan diri kepada zuhud (golongan sufi).
“Mereka membuat hadis palsu dengan dakwaan untuk mendapat pahala. Maka umum menerimanya atas kepercayaan itu.
Kemudian bangkit tokoh hadis mendedahkan keburukan ini dan menghapuskannya.” (Ibn al-Salah, Ulum al-Hadis, ms 99).
Kata Syeikh Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah ketika memperkatakan sebab kemunculan hadis palsu:
“(Sebab ke enam) bertujuan menggalakkan umum berbuat baik. Antara yang melakukan perbuatan ini ialah golongan jahil ahli zuhud dan tasawuf.
“Mereka membenarkan diri berdusta ke atas Nabi dalam tarhib (menakutkan orang mengenai dosa) dan targhib (menggalakkan ibadat). Mereka sangka ia kebaikan dan mereka adalah yang paling bahaya.” (Rujukan Abu Syahbah, Al-Wasit fi Ulum Mustalah al-Hadis, ms 332).
Golongan sufi tidak menghiraukan amaran Nabi dalam hadis yang bermaksud:
“Sesungguhnya berdusta ke atas aku (menggunakan namaku) bukan seperti berdusta ke atas orang lain. Sesiapa berdusta ke atasku dengan sengaja, siaplah tempat duduknya di neraka.” (Riwayat Bukhari dalam kitab al-Janaiz dan Muslim dalam muqaddimah sahihnya).
Rasulullah bersabda:
“Pada akhir zaman akan ada dajal lagi pendusta. Mereka membawa kamu hadis yang tidak pernah kamu dan bapa kamu mendengarnya.
Kamu mesti berhati-hati supaya mereka tidak menyesatkan dan memfitnah kamu (menipu hingga yang batil disangka benar).” (Riwayat Muslim).
Kata Dr Hammam Said pula:
“Kejahilan mereka membawa mereka mencipta hadis palsu di dalam fadilat amal, surah al-Quran dan solat sunat, untuk menggalakkan orang ramai beramal.
“Mereka mencipta hadis palsu untuk menakutkan umum pada maksiat kerana sangka membela Islam. Mereka tidak tahu ia menurunkan mereka ke tingkatan paling bawah dalam neraka jahanam.” (Rujukan Hammam `Abd al-Rahim Sa`id, Al-Tamhid fi `Ulum al-Hadith, ms 140).
Justeru membuat hadis palsu haram dan meriwayatkan serta membacanya kepada umum tanpa penjelasan bahawa ia adalah palsu juga haram.
Syeikh Syuaib al-Arnaut berkata:
“Sesungguhnya seorang ulama hadis Syam, Badr al-Din al-Hasani berkata: “Tidak harus menyandarkan sesebuah hadis kepada Rasulullah kecuali dinyatakan kesahihannya oleh salah seorang hafiz yang dikenali.” (Rujukan Syuaib al-Arnaut, nota kaki tahqiq Siyar `Alam al-Nubala`, 19/340).
Gelaran hafiz diberi kepada mereka yang luas pengetahuan dalam hadis dan seni ilmunya hingga apa yang diketahui mengenai hadis dan kecacatannya lebih banyak daripada apa yang tidak diketahui.
Lebih malang ada golongan sufi mendakwa dusta bahawa mereka mengambil hadis secara langsung daripada Nabi dengan tidak melakukan jalan sanad atau riwayat.
Ulama hadis berkata:
“Antara bukti pemalsuan hadis ialah dakwaan mereka mengambil hadis daripada Nabi dengan jalan kasyaf tanpa sanad yang sahih, atau melalui jalan mimpi.”
Ulama Islam sepakat mimpi dan kasyaf tidak boleh menetapkan syariat kerana ia mengelirukan dan tidak memiliki dabt (kawalan yang tetap).
Maka menyandarkan sesuatu yang tidak ada dalil al-Quran dan sunnah Nabi adalah bidaah dan ditolak.
Banyak hadis mengenai fadilat direka oleh golongan sufi dan tarekat yang jahil. Hadis mengenai solat sunat mengikut hari dan malam tertentu adalah palsu.
Contoh lain ialah
“Rejab ialah bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku.” Ini adalah hadis palsu yang direka oleh Ibn Jahdam.
Nama penuh Ibn Jahdam ialah Ali bin Abdillah bin Jahdam al-Zahid. Beliau meninggal pada 414H dan seorang guru sufi di Makkah.
Dia dituduh membuat hadis palsu mengenai solat Raghaib (iaitu solat pada Jumaat pertama bulan Rejab). (Lihat al-Imam al-Zahabi, Mizan al-Itidal fi Naqd al-Rijal, ms 173).
FAKTOR lain sufi dan tarikat cenderung melakukan penyelewengan ialah kecacatan dalam Manhaj al-Talaqqi (kaedah dalam sumber dan cara mengambil maklumat agama).
Ahli sunnah berpegang bahawa sumber rujukan Islam ialah al-Quran dan hadis iaitu cara pengambilannya melalui sanad yang dipercayai. Mereka mengambilnya daripada imam seperti imam mendapatnya daripada perawi hingga kepada sahabat seterusnya Rasulullah.
Menerusi sanad iaitu “rangkaian perawi (periwayat atau pembawa riwayat) yang menyampaikan sesuatu ungkapan, sama ada ungkapan Nabi atau bukan.
Melaluinya, ahli sunnah menyemak kesahihannya sama ada ia diucapkan Nabi atau satu pembohongan. Ia menilai sejauh mana kenyataan itu dapat disandarkan kepada Nabi dan sahabat atau satu dusta. Ini diperjuangkan oleh ulama hadis.
Malangnya, kegagalan tarikat dan sufi menghayati manhaj al-talaqqi menyebabkan mereka percaya kisah sufi atau wali yang tidak dapat ditentukan kebenarannya.
Mereka tidak berpegang pada sanad yang pasti, sebaliknya bergantung kepada sumber ilham, mimpi dan dakwaan sesat kononnya menerima wahyu daripada Allah atau hadis daripada Rasulullah.
Dua kesalahan tarikat dan sufi ialah berhujah hanya dengan akal semata-mata atau perbuatan manusia yang dianggap wali tetapi meninggalkan apa yang dinyatakan al-Quran dan sunnah.
Kata Imam al-Syatibi (wafat 790H), “
Golongan sufisama seperti orang lain yang tidak maksum (terpelihara dari dosa). Mungkin mereka silap, lupa dan bermaksiat. Kita wajib mengikut syarak dan tidak wajib mengikut sufi.” (rujukan Al-Syatibi, Al-`Itisam, ms 165).
Ulama hadis menjawab sufi yang menyeleweng hadis Nabi. Contohnya, berubat di mana Sahih Muslim mencatatkan hadis Rasulullah iaitu
“Bagi setiap penyakit ada ubatnya dan disunatkan berubat.”
Imam Nawawi (wafat 676H) menyebut hadis ini menjelaskan disunatkan mengubat penyakit. Ia menolak pelampau sufi yang membantah berubat dan berkata, “Semuanya qada dan qadar Allah, tidak perlu kita berubat.” (rujukan Al-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 359/14).
Dalam tarikat, guru akan memberi cerita wali sebanyak mungkin hingga murid asyik dan melupai apa yang ditegas Allah dan Rasul, malah mereka mencipta kehebatan wali melebihi Nabi.
Mereka menjadikan mimpi sebagai pegangan dalam berhujah. Ahli sunnah tidak menafikan ada mimpi yang benar kerana ia ilham Allah untuk solihin, namun ia bukan hujah yang boleh dipegang kerana terdedah pada pembohongan dan kekeliruan.
Malangnya tarikat menjadikan mimpi sebagai hujah meyakini pengikut. Mereka membawa kisah palsu membuktikan kehebatan guru, mengada-adakan cerita karamah (keramat) yang bercanggah fakta Islam.
Contohnya mendakwa bertemu orang mati atau nabi dan solihin. Mereka percaya ada wali boleh berjumpa Nabi bila-bila masa saja dan gemar membuat tafsiran pelik pada nas al-Quran mengikut fahaman mereka, tidak kira ia menepati ajaran Rasulullah atau tidak.
Contohnya, tafsiran surah Al-Hijr ayat 99:
“Beribadatlah kepada tuhan kamu hingga datangnya kepadamu al-yaqin.”
Mereka menyatakan ayat itu bermaksud beribadatlah kepada tuhan hingga memperoleh ilmu dan makrifat. Selepas memperolehnya, maka gugurlah kewajipan ibadat.
Namun, pentafsir al-Quran berkata, makna al-yaqin ialah kematian. Dengan ini, ayat itu bermaksud:
“Beribadatlah kepada tuhan kamu sehingga datangnya kepadamu kematian.”
Penyakit serius tarikat ialah memuliakan guru dengan melampau!!!
Ia ditanam oleh guru supaya murid patuh dan tidak berhujah mengenai kesalahan mereka.
Konsep ghulu menyebabkan mereka percaya guru maksum dan menghalal yang haram untuk guru, malah melebihi Abu Bakar dan semua sahabat kerana tidak boleh dibantah.
Buku “Hakikat Thariqat Naqsyabandiah” dalam bab Adab Murid Kepada Syeikh memetik murid tidak boleh bertanya dan menyangkal guru kerana ada perbuatan guru yang nampak tercela pada zahir tetapi terpuji pada hakikat seperti kisah Nabi Khidir dan Nabi Musa.” (HA Fuad Said, Hakikat Thariqat Naqsyabandiah, ms 107).
Kisah Musa dan Khidir sering digunakan untuk menghalalkan perbuatan yang bercanggah syariat. Mereka tidak mengharamkan apa yang bercanggah syariat untuk guru mereka.
Sufi dan tarikat menganggap wali dibolehkan tidak mengikut syariat nabi dan melakukan tindakan yang salah di mata zahir kerana ia sebenarnya betul di sisi ilmu hakikat atau laduni.
Kononnya ia sama seperti Nabi Khidir yang tidak mengikut Nabi Musa kerana Khidir wali Allah. Justeru, golongan hakikat tidak sama dengan syariat dan tidak perlu mengikutnya.
Mereka mendakwa mempunyai ilmu laduni. Asal istilah ini diambil oleh tarikat daripada ayat al-Quran, “min ladunna ilma” (ilmu dari sisi Kami).
Salah al-Khalidi berkata,
“Selepas melihat perkataan ulama, keputusan dicapai iaitu ilmu laduni yang Allah ajar kepada Khidir ialah nubuwwah (kenabian) dan wahyu. Dakwaan sufi mengenai ilmu laduni menurut kefahaman mereka adalah batil, sesat, bercanggah syariat Islam dan petunjuk al-Quran.” (ibid, 2/192)
Ulama sunnah sentiasa mengingatkan kisah Musa dan Khidir bagi memerangi golongan ini. Mereka menghukum kufur pandangan yang menghalalkan tindakan guru yang bercanggah syariat.
Sesiapa yang mendakwa diri seperti Khidir atau Rasulullah dan dibolehkan untuk tidak mengikut syariat adalah kafir. Imam al-Qurtubi berkata: “Kufur dibunuh sesiapa yang mengucapkannya dan tidak diminta daripadanya taubat kerana ingkar daripada syariat.” (rujukan Al-Qurtubi, Al-Jami' li Ahkam al-Quran, 11/40-41).
Tarikat meletakkan kedudukan guru sama dengan Nabi. Mereka menafikan jalan hidayah iaitu al-Quran dan sunnah, sebaliknya berasa jalan menuju Allah mampu ditunaikan oleh guru saja.
Ini meletakkan guru setaraf Nabi.
Tarikat Naqsyabandiah juga menyamakan isteri syeikh dengan ummul mukminin iaitu isteri Rasulullah di mana tidak boleh dikahwini selepas berpisah mati atau hidup dengan guru.
Ini amat bertentangan dengan syarak kerana mereka bukan saja menyamakan guru dengan Nabi malah menjadikan hukum khusus Nabi untuk guru mereka juga.
Sebenarnya mereka tamakkan ketaksuban murid walaupun bercanggah dengan nas agama. Mereka bimbang murid menyangkal tindakan salah guru, lalu caranya dengan menutup fikiran murid mereka.
Kesimpulannya, sesiapa yang inginkan jalan kerohanian hendaklah memastikan ia mengikut al-Quran dan sunnah. Islam adalah agama yang tidak boleh diambil daripada sesiapa selain-Nya.
Syaitan mengganggu kebanyakan umat Islam hingga berjaya mengeluarkan mereka daripada syariat.
Ibnu Taimiyyah berkata,
“Syaitan berjaya mengeluarkan banyak puak umat ini yang terdiri daripada mereka yang kuat beribadah dan warak hingga menjadikan mereka keluar daripada agama seperti mana meluru anak panah daripada busar,” (rujukan Ibn Taimiyyah, Majmu' al-Fatawa, 2/236).

ThAt’S All For ThIs EnTrY.. hehe .. (”,)(”,)