.:: FoLLOwEr'S aQ ::.

Monday, March 14, 2011

Dasar Perancangan Sosial : Kekeliruan & Kebenaran




Setiap sesuatu perlu kepada perancangan yang teratur dan tepat bagi mencapai kejayaan juga mencapai apa yang dirancang dengan baik. Umumnya, perancangan merupakan garis-garis kasar yang akan mengarahkan pergerakan dan menyediakan asas serta cara-cara bagaimana hendak menjalankannya. Hidup tanpa perancangan hanyalah akan membawa kepada kesukaran, masalah dan pembaziran hayat. Sesuatu perancangan memerlukan usaha yang teratur, disedari dan berterusan bagi memilih alternatif yang paling baik untuk mencapai matlamat-matlamat tertentu.
Sebenarnya, perancangan melibatkan aktiviti akal yang menggunakan akal fikiran manusia. Perancangan juga dikenali sebagai sesuatu proses memikir sebelum melakukan sesuatu perkara atau aktiviti. Kebijaksanaan diperlukan bagi mengurus fakta-fakta serta mencari jalan penyelesaian kepada masalah-masalah yang timbul dalam proses merancang. Sesuatu aktiviti perancangan memerlukan strategis yang tepat seperti ramalan, membuat jadual,senarai, penetapan matlamat dan dasar-dasar dan penganalisisan untuk melaksanakan rancangan.
Perancangan strategis sebenarnya tidak terhad kepada organisasi sahaja  tetapi, untuk diri individu. Kesilapan merancang hari ini akan member impak pada masa akan datang. Perancangan yang strategis bertujuan melatih manusia agar lebih teratur dan bertanggungjawab. Malah, dengan perancangan strategis manusia dapat melihat hala tuju untuk mencapai matlamat. Baik untuk individu atau organisasi, perancangan strategis perlu diaplikasikan dalam kehidupan untuk mendapatkan kualiti hayat. Melalui perancangan strategis kita dapat melihat faktor dan indikator kepada kejayaan dan lebih mudah untuk mencapai kejayaan.
Namun, jika setiap perancangan itu tidak menjadi kenyataan itu bukannya bermaksud apa yang kita rancangkan bukan yang terbaik untuk kita, tetapi ianya adalah disebabkan perancangan Allah adalah lebih baik untuk kita. Tiada manusia di dunia ini yang merancang untuk gagal, malahan majoriti individu yang merancang hanya merancang untuk berjaya. Namun, tidak semua yang dirancang itu berjaya. Walaupunbegitu, itu adalah lebih baik dari tidak merancang. Melakukan perancangan adalah salah satu proses untuk berjaya dan tidak semestinya menjanjikan kejayaan kerana sebaik-baik perancangan itu datangnya daripada Allah.    
Kita merancang tetapi Allah menentukan. Begitulah lumrah kehidupan sebenar dan tidak hanya menyerahkan segalanya dengan doa tanpa usaha atau tindakan untuk melakukannya. Kita disuruh berikhtiar tetapi yang menentukan adalah Allah S.W.T. Selepas merancang, segala ketentuan perlu diterima dengan hati terbuka. Umat Islam dahulunya cemerlang kerana kehebatan mereka merancang dan berfikiran ke hadapan.
Apa yang dimaksudkan dengan ketentuan Allah adalah segala apa yang berlaku kepada makhluk-Nya sama ada baik mahupun buruk, untung, atau rugi dan sebagainya adalah tertakluk kepada qada’ dan qadar daripada Allah s.w.t belaka. Sebuah hadis menyebut bahawa, takdir itu berlaku ke atas hamba-hamba Allah yang ditetapkan oleh-Nya. Ia menjadikan segala sesuatu itu takdir yang menimpa itu adalah berdasarkan amalan yang dilakukan. Amalan itu, berlaku berdasarkan takdir yang telah ditentukan.
Walaubagaimanapun, ketentuan Allah tersembunyi daripada kita. Kita tidak mengetahui apa-apa yang ditentukan oleh Allah kecuali selepas ia berlaku. Selagi belum berlaku kita diminta mengikut sunnah alam dan pengarahan syarak supaya dapat mencapai kebaikan dunia dan akhirat. Tidak kelihatan bagi manusia kecuali apa-apa yang sedang berlaku dari satu masa ke satu masa. Sabda Nabi Muhammad s.a.w “ sekiranya engkau ditimpa musibah maka janganlah engkau berkata : sekiranya aku melakukan ini maka inilah yang akan berlaku, akan tetapi katakanlah apa yang menimpa aku adalah qadar Allah dan dia berhak melakukan apa yang dikehendakinya. Sesungguhnya ‘kalau’ boleh membuka amalan syaitan”.
Oleh itu, kita perlu menjadikan diri kita lebih bermotivasi untuk berusaha kerana yakin dengan janji Allah. Selain itu, menjadikan diri berani kerana tahu sebarang mudarat atau manfaat yang berlaku adalah dengan izin-Nya. Kita juga perlu menjadi seorang yang bersyukur di atas segala nikmat dan reda dengan segala ketentuan-Nya kerana tahu segala yang berlaku ada hikmah sebaliknya. 

BENTUK-BENTUK KEKELIRUAN
Manusia merancang Allah menetukan, terdapat beberapa bentuk kekeliruan kekeliruan yang membelenggu pemikiran dan kehidupan manusia. Kekeliruan-kekeliruan yang timbul atau wujud dalam diri individu dapat menimbulkan pelbagai masalah ke atas diri, agama, bangsa juga Negara. Menurut Sayyid Qutub dalam kitab tafsirnya di bawah bayangan Al-quran umat Islam kini tersalah faham kepada erti atau pengertian ketentuan Allah. Hal ini membuktikan bahawa manusia mengalami kekeliruan keatas ketentuan Allah s.w.t.
Beberapa bentuk kekeliruan yang wujud dalam diri manusia atau umat Islam di dunia. Pertamanya, manusia keliru dengan nasib yang telah ditentukan menimpa diri mereka. Mereka menuding jari terhadap ketentuan Allah Ta’ala, yang mana mereka merasakan nasib seseorang itu sememangnya telah ditentukan oleh Allah Ta’ala. Manusia tidak mempunyai kuasa untuk menentukannya. Setiap apa yang berlaku ke atas individu merupakan nasib yang sememangnya telah tertulis dan ditentukan Allah.
Disebabkan kekeliruan yang wujud dan melanda individu itu tidak pernah untuk berusaha mengubah nasib mereka. Sekiranya apa yang berlaku ke atas individu merupakan nasib mereka. Sekiranya apa yang berlaku terhadap diri dan kehidupan mereka baik, maka baiklah nasib mereka. Apabila apa yang berlaku terhadap diri dan kehidupan mereka buruk, maka buruklah nasib mereka. Mereka tidak berusaha untuk mengubah dari baik kepada lebih baik, daripada bruk kepada baik dan lebih baik. Segala-galanya diserahkan kepada nasib yang telah ditentukan.
Selain itu, kekeliruan lain ialah manusia tidak kisah dengan apa yang terjadi terhadap dirinya kerana mereka tahu itu semua merupakan ketentuan Allah. Hal ini, tidak mempunyai perbezaan yang jauh dengan bentuk kekeliruan yang lain. Apa yang penting disini, manusia tidak melakukan apa-apa terhadap nasib dan tidak menghiraukan tentang apayang menimpa diri mereka. Mereka hanya duduk dan menunggu apa yang akan menimpa diri, seperti punggun rindukan bulan. Tiada langsung perubahan atau kesan terhadap apa yang menimpa diri.
Hal ini berlanjutan dan berterusan apabila individu atau manusia tidak memikirkan soal masa depan kerana bagi mereka itu merupakan ketentuan Allah. Manusia tidak mempunyai perancangan masa depan mereka, hanya menanti apa menimpa mereka itulah masa depan mereka.
Seperti yang kita ketahui, perancangan masa depan amat penting bagi setiap manusia bagi menjana dan menjamin kehidupan masa akan datang. Dr.Iqbal (rahimullah) pernah berkata :
“Muslim yang lemah akan berhujah dengan qadar Allah dan qadak-Nya. Muslim yang kuat pula meyakini bahawa itu adalah qadak Allah yang tidak dapat ditolak dan qadarnya yang tidak dapat diatasi. Inilah pegangan generasi muslim yang pertama”.
Tidak patut seseorang itu berputus asa dengan ketentuan Allah, tetapi hendaklah berusaha dengan penuh kesungguhan dan setakat kemampuannya. Antara ciri-ciri keimanan kepada qadak dan qadar Allah ialah ketika mana seseorang itu berusaha dengan apa yang ada di bawah kemampuannya dan berserah kepada kekuasaan Allah. Dia hendaklah terus bekerja tanpa putus asa, mempunyai keazaman yang kukuh dalam perjuangan dan keberanian ketika menghadapi bahaya serta bersabar ketika berlaku pertembungan.
Dia perlu reda dengan usaha yang halal ketika banyaknya habuan-habuan keduniaan. Ketika berlaku perlawanan dia akan berkata: “ Tidak akan menimpa kami kecuali apa yang telah ditentukan oleh Allah”. Seperti Firman Allah Taala (Surah Al-Imran:154) yang bermaksud :
“Sekiranya kamu berada di rumahmu nescaya orang-orang yang ditakdirkan akan mati terbunuh itu akan keluar ke tempat mereka terbunuh”.
Sesungguhnya, jika pegangan kepada qadak dan qadar Allah ini difahami secara sahih, kita akan dapat membina umat mujahid yang akan menerajui kepimpinan zaman. 

No comments:

Post a Comment